Accessibility Tools

jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) 1/2025

17 Januari 2025 - Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi ILP Tangkak dan turut dihadiri oleh barisan pegawai, para pensyarah dan fasilitator.

Minggu Suai Kenal (MSK) ILP Tangkak telah diadakan selama 5 hari sejurus selesai Pendaftaran Pelajar pada 13 Januari 2024. Semoga program yang diadakan ini akan dapat memberi manfaat dan semangat baharu kepada semua pelajar baharu sebelum memulakan pengajian mereka.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Kembara MSK 1/2025, CSR dan 10 Ribu Langkah

16 Januari 2025 - ILP Tangkak telah menjalankan Program Kembara MSK 1/2025, CSR dan 10 Ribu Langkah di Taman Negara Lagenda Gunung Ledang yang disertai oleh 79 orang pelajar dan 25 orang kakitangan ILP Tangkak.
 
Program ini dijalankan selaras dengan pelaksanaan Environment, Social and Governance (ESG) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi memastikan semua kampus Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) mengaplikasikan penggunaan tenaga hijau, pengurusan sumber dan sisa yang lestari, menyasarkan graduan ILJTM berkemahiran hijau, latihan kemahiran di ILJTM mudah diakses, pemuliharaan alam sekitar dan memastikan semua pihak dalam organisasi JTM komited dalam mengambil bahagian melaksanakan ESG.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Selamat Datang Pelajar Baru ILP Tangkak Sesi 1/2025

13-16 Januari 2025 - Seluruh warga ILP Tangkak mengucapkan Selamat Datang buat semua pelajar baru ILP Tangkak sesi 1/2025. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sesi Minggu Suai Kenal Pelajar Baru ILP Tangkak antaranya Program LDK, Ceramah dan Taklimat, Aktiviti Kembara, Program Kerohanian, Sesi Riadah dan Malam Kebudayaan.

Program ini merupakan program yang menjadi salah satu program utama yang pihak ILP Tangkak laksanakan bagi meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru serta mewujudkan keserasian antara pelajar, tenaga pengajar, kakitangan dan suasana ILP Tangkak itu sendiri.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Penarafan Tunggal Program TVET ILP Tangkak

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga ILP Tangkak atas kerjasama yang telah diberikan diberikan mendapat Taraf 5 bintang bagi Program Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011], Perkhidmatan Rangkaian Komputer [IT-030-3:2013] dan Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] serta Taraf 4 Bintang bagi Program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012], Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik [MC-101-3:2015], Pembuatan Acuan Suntikan Plastik [MC-030-3:2015] dan Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013] dalam Penarafan Tunggal Program TVET.
 
Penarafan Tunggal Program TVET ini diwujudkan selaras dengan keperluan negara kepada untuk mewujudkan sistem penarafan seragam bagi menilai kualiti program berdasarkan indikasi yang holistik termasuk elemen keberhasilan seperti kebolehkerjaan dan penglibatan industri. Sistem Penarafan Tunggal yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini bertujuan menyeragamkan program TVET di dalam negara.
 
Semoga ILP Tangkak terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang TVET.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan