Accessibility Tools

penjenamaanilpadtec.png
hebahaniso2025.png
bannerkonvo2025.jpeg
PosterAPCILPTangkak20243.png
jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
bannerjommasukILPTangkak.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Sambil Belajar SMK Sagil, Tangkak, Johor ke ILP Tangkak

5 Oktober 2023 - Selamat Datang buat guru-guru dan pelajar-pelajar dari SMK Sagil, Tangkak, Johor bagi sesi Lawatan Sambil Belajar ke ILP Tangkak bagi melihat sendiri sesi pembelajaran dan peralatan serta mesin yang digunakan sepanjang pengajian di ILP Tangkak.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Jemputan Pameran Kerjaya Sempena Karnival 3K SMK Buloh Kasap

27 September 2023 - Aktiviti Promosi Jom Masuk ILP Tangkak terus digiatkan di Pameran Kerjaya Sempena Karnival 3K yang diadakan di Dewan Pak Malau, Dataran Kejat, SMK Buloh Kasap.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan

26 September 2023 - Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kerjasama Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menjayakan Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan bagi Bidang Perladangan & Komoditi, Pembuatan Plastik dan Perabot.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ts. Mohamad Noor bin Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dan Ucaptama Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan di sampaikan oleh Pn. Norisniwati binti Ab Rahim Ketua Unit Kerjasama Strategik, Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik.
 
Bagi melengkapkan Majlis ini, 3 orang panel penceramah yang berkaliber telah djemput untuk menyampaikan taklimat dan sesi dialog iaitu Pn. Nazatul Nisa binti Nordin - Ketua Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Dr. Mazlan bin Abas - CEO FAVORIOT Sdn. Bhd. dan En. Mohamad Muzaffar bin Abdul Hamid - Pengarah Bahagian Produktiviti Insan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
 
Sesi kali ini turut menyaksikan Majlis Tanda Tangan Memorandum Kerjasama antara ILP Tangkak dengan V.S Industry Berhad yang diwakili oleh En. Michael Loke Yew Seng dan En Tea Chee Hwa
 
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Faizah binti Harun, Pengarah, Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) diatas kesudian membacakan Ucapan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Tripartite 2023 Zon Selatan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Promosi pendidikan sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Pameran pendidikan ini telah berlangsung di Smk Bukit Gambir dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada alumni SMK Bukit Gambir merangkap pelajar Sijil Melatronik, Pelajar Sijil Plastik dan Pelajar Cadd Mekanikal.
 
Terima kasih diucapkan kepada YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang telah sudi untuk melawat ke meja pameran pendidikan ILP Tangkak dan menemubual pelajar terlibat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan