Accessibility Tools

Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Sesi Penilaian Pertandingan Deco Raya Terbaik

27 Mac 2025 - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi ILP Tangkak telah menganjurkan Pertandingan Deco Raya Terbaik peringkat ILP Tangkak yang merupakan salah satu daripada program Ramadhan ILP Tangkak.
 
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, En Ahmad Jefri Bin Sabri, Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Nor Azlina Binti Ismail bersama juri jemputan luar, Puan Nor Dinah Binti Darus dan Puan Norizah Binti Wagiman diatas kesudian untuk menilai hasil deco raya kreatif dari seluruh warga ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Bulanan Pengarah Bil. 1/2025

27 Mac 2025 - Bengkel Teknologi Kimpalan dan Teknologi Pembuatan ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pengarah Bil. 1/2025.
 
Seluruh Warga ILP Tangkak turut mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah, En Ahmad Jefri Bin Sabri, Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Nor Azlina Binti Ismail dan Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Suriani Binti Rozahan ke ILP Tangkak selaku peneraju utama ILP Tangkak.
 
Majlis turut memberi penghargaan kepada kakitangan ILP Tangkak yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh bulan Ramadhan bermula 28 Februari 2025 sehingga 26 Mac 2025 dalam pertandingan ‘Weight Loss Challenge’ anjuran Koperasi ILP Tangkak Berhad. Tahniah buat semua yang berjaya menyahut cabaran ini.
 
Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi ILP Tangkak turut memberi Cenderahati Hari Lahir Bulan Januari- Mac kepada kakitangan ILP Tangkak sebagai tanda ingatan dari seluruh kakitangan ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Penyediaan Bubur Lambuk 2025

26 Mac 2025 - Sebagai penutup program Ihya’ Ramadhan ILP Tangkak, seluruh kakitangan ILP Tangkak bergotong-royong dalam aktiviti penyediaan bubur lambuk untuk edaran buat semua kakitangan ILP Tangkak, pekerja kontrak, pelajar ILP Tangkak termasuk beberapa agensi disekitar Tangkak.
 
Tuan Pengarah, Ybrs. En Ahmad Jefri Bin Sabri berbesar hati untuk turut sama dalam sesi pengedaran bubur lambuk ke agensi termasuk IPD Tangkak, AADK, Rumah Anak Yatim Ledang dan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Tapak Program Khidmat Komuniti Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak

25 Mac 2025 - Sesi Lawatan Tapak Program Khidmat Komuniti Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak telah diadakan di Villa Harapan Duyong Melaka dan turut diadakan sesi penyampaian sumbangan kepada Puan Nor'ain selaku penyelia Villa Harapan.
 
Program yang dirancang akan diadakan pada 17 Jun 2025 bagi mencapai objektif untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar ILP Tangkak dalam mengurus dan melaksanakan program bersama agensi dan NGO bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri pelajar.
 
Terima kasih kepada pihak Villa Harapan kerana sudi menerima kunjungan daripada kami.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan