Accessibility Tools

Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Sesi Perbincangan Program Karnival Kerjaya My Future Job

23 April 2025 - Kunjungan mesra En Ahmad Jefri bin Sabri, Pengarah ILP Tangkak bersama Pn Shakila binti Zainal, Pegawai Unit Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti dan Pn Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi ILP Tangkak ke Pejabat Perkeso Daerah Muar.
 
Sesi perbincangan dilaksanakan bersama En Mohd Saifuddin bin Mohd Nor, Pengurus Perkeso Muar dalam membincangkan perancangan Program Karnival Kerjaya My Future Job yang bakal diadakan pada bulan Jun 2025 sempena Bulan Tvet Negara.
 
Kerjasama strategik yang terjalin dapat meluaskan jaringan sosial dan promosi institusi bersama agensi sekitar dalam memartabatkan tvet sebagai sektor pendidikan pilihan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Khidmat Komuniti sempena Program Jelajah Orang Johor

20 April 2025 - Pasukan Sukarelawan Pelajar Southern Volunteer ILP Tangkak merangkap Wira KESUMA telah berjaya melaksanakan program khidmat komuniti sempena Program Jelajah Orang Johor bertempat di Padang Bestari Sagil Kampung.
 
Pasukan sukarelawan seramai 22 orang yang terdiri daripada pelajar semester satu telah dibawa oleh Puan Noorashikin selaku Pegawai Psikologi ILP Tangkak mempunyai tujuan untuk bergaul dan menyantuni komuniti setempat yang secara tidak langsung menggalakkan proses komunikasi, penghayatan ilmu kemanusiaan dan meluaskan promosi ILP Tangkak bersama komuniti setempat dan agensi.
 
Program Jelajah Orang Johor telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani (Dun Gambir).
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Permohonan kemasukan ke ILP TANGKAK melalui UPTVET DIBUKA MULAI 14 APRIL 2025

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI
Permohonan kemasukan ke ILP TANGKAK melalui UPTVET akan DIBUKA MULAI 14 APRIL 2025

Khas untuk lepasan SPM 2024 & 2023 yang ingin bina masa depan dalam bidang Teknologi & Kemahiran Tinggi – inilah masanya untuk mulakan langkah pertama ke arah kerjaya profesional & kemahiran 

  • Kenapa pilih ILP Tangkak?
  • Latihan berorientasikan industri sebenar
  • Pensyarah berpengalaman dan mesra pelajar
  • Peluang pekerjaan luas.
  • Elaun bulanan disediakan!
  • Penginapan & kemudahan lengkap

Masa depan anda bermula di sini.
ILP TANGKAK – TEKNOLOGI UNTUK MASA DEPAN!
Mohon melalui https://mohon.tvet.gov.my/ mulai 14 April 2025!
Sebarang pertanyaan? Hubungi kami atau terus ke media sosial rasmi ILP Tangkak.

Tel: 06-9773800



 

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bil. 1/2025

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bil. 1/2025
Tempat : Dewan Serbaguna(DSG) ILP Tangkak
Masa: 10.00 pagi
Tarikh: 10/4/2025(Khamis)
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan