web-ksu4.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
kp-baru2024-website.png
Mechanical Engineering Cad (1300 x 400 px).png
ITEX 2024.png
previous arrow
next arrow

Pingat Emas @ 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑)

𝟏𝟏-𝟏𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 || Pingat Emas @ 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑)
 
34th Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 hingga 12 Mei 2023.
 
Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menghantar penyertaan bagi projek inovasi 𝑲𝒊𝒏𝒆𝒕𝒊𝒄 𝑬𝒍𝒆𝒄𝒕𝒓𝒊𝒄𝒊𝒕𝒚 𝑮𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒕𝒐𝒓 (𝑲𝒊𝒏𝒆𝑮) 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝑰𝒐𝑻 𝑴𝒐𝒏𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒚𝒔𝒕𝒆𝒎 dan telah mendapat pingat Emas dalam pertandingan tersebut.
 
Syabas dan tahniah buat team itex 2023 ILP Tangkak
 
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
 

Majlis Iftar Perdana ILP Tangkak

17 April 2023 - ILP Tangkak telah melaksanakan Majlis Iftar Perdana Peringkat ILP Tangkak yang disertai oleh semua warga kerja ILP Tangkak di Surau AlJazari ILP Tangkak..
Aktiviti dimulakan dengan program gotong royong menyediakan juadah iftar termasuk nasi beriani ayam dengan bimbingan Pa' Cop Beriani, bubur lambuk, kuih onde-onde dan cucur udang dan air sirap bandung soda.
 
Semua juadah disediakan sendiri hasil kerjasama semua warga kerja ILP Tangkak. Tahniah semua warga kerja ILP Tangkak. Bukan sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal tetapi hebat juga dalam penyediaan sajian.
 
Kami turut berkongsi rezeki dengan agihan bubur lambuk kepada agensi daerah tangkak dan juga kepada masyarakat setempat yang berulang alik di jalan utama hadapan ILP Tangkak yang disampaikan sendiri oleh tuan pengarah Ts. Mohamad Noor bin Ismail.
 
Seterusnya program Iftar Perdana di selitkan penyerahan sumbangan dari NGO IKRAM kepada pelajar ILP Tangkak serta ceramah Ihya Ramadhan, Majlis berbuka puasa serta Solat Terawih berjemaah.
 
Salam Ramadhan buat semua dari kami seluruh warga kerja ILP Tangkak.
 
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan