Accessibility Tools

jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Bengkel Keterampilan Imej dan Komunikasi Efektif

24 Mei 2024 - Unit Pengurusan Psikologi ILP Tangkak telah mengadakan Bengkel Keterampilan Imej dan Komunikasi Efektif kepada semua pelajar ILP Tangkak.
 
Program ini merupakan salah satu dari program pembangunan personal yang memfokuskan kepada pembinaan imej yang tepat dan menarik serta komunikasi yang efektif secara tidak langsung mampu membina konsep kendiri yang positif dikalangan pelajar.
 
Melalui bengkel ini pelajar didedahkan dengan kelebihan diri serta mengoptimumkan potensi diri supaya lebih produktif dan menjadi seseorang yang berjaya mengadaptasi diri walau di mana pelajar berada.
 
Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengarah di atas kesudian memberikan kata-kata inspirasi buat pelajar ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Bengkel Penyediaan Resume dan Tips Menghadapi Temuduga Pelajar Semester Akhir ILP Tangkak

19-23 Mei 2024 - Unit Psikologi ILP Tangkak telah mengadakan Bengkel Penyediaan Resume dan Tips Menghadapi Temuduga di Pusat Sumber kepada para pelajar semester akhir ILP Tangkak.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan dan mempersiapkan pelajar ke alam kerjaya dari aspek penyediaan resume, etika menghadiri temuduga dan komunikasi efektif bersama bakal majikan.
 
Semoga bengkel ini memberikan manfaat kepada pelajar dan membantu pelajar menjadi pekerja idaman majikan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Mesyuarat Jawatankuasa Program Karnival Kerjaya My Future Job X ILP Tangkak 2024 Bersama Perkeso.

19 Mei 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Program Karnival Kerjaya My Future Job X ILP Tangkak 2024 Bersama Perkeso telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama ILP Tangkak bagi membicangkan perancangan dan kelancaran program.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

ILP Tangkak raih 2 Pingat Emas dalam 𝟯𝟱𝘁𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗼𝗻, 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 & 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 𝗘𝘅𝗵𝗶𝗯𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 (𝗜𝗧𝗘𝗫 𝟮𝟬𝟮𝟰)

16 –17 Mei 2024 - ILP Tangkak telah menghantar 2 projek Inovasi dan berjaya merangkul Pingat Emas bagi kedua- dua penyertaan pada 35th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2024) yang melibatkan 15 negara yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian) dan Teknologi Mekatronik ILP Tangkak diatas kejayaan mengharumkan nama ILP Tangkak diarena antarabangsa daripada 700 projek inovasi dari seluruh dunia yang dipertandingkan.
 
Pingat Emas ITEX 2024
1. PROJEK EDU MULTIPORPOSE CONVEYOR
- Teknologi Mekatronik
2. PROJEK KINEG FAN HYBRID WITH SOLAR SYSTEM
- Teknologi Komputer (Rangkaian)
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan