Accessibility Tools

jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Karnival Aspirasi Kerjaya X Myfuture Job @ILP Tangkak

1-2 Jun 2024 - Perkeso Muar berkolaborasi bersama ILP Tangkak dalam pelaksanaan Program Karnival Aspirasi Kerjaya X Myfuture Job @ILP Tangkak.
 
Program ini merupakan inisiatif yang dianjurkan bagi membuka peluang kepada pencari kerja khususnya dikalangan graduan dan pelajar tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
 
Terima kasih diucapkan kepada Y. B Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang diatas kesudian merasmikan program ini dan seterusnya melengkapkan sesi penyampaian kepada Penerima Faedah Perkeso dan Tajaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
 
10 Buah Organisasi/syarikat telah turut serta dalam karnival ini bagi membuka peluang kerjaya kepada seluruh warga tangkak/muar khususnya dan seluruh malaysia amnya.
 
Program Career Launch Pad (CLP) turut dilaksanakan dalam karnival ini bagi memberikan input terbaik dalam memberi tips dan kemajuan kerjaya pelajar. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program CLP bersama pelajar ini memberi impak yang signifikan kepada pelajar ILP Tangkak.
 
Terima kasih buat Perkeso Muar diatas kesudian penganjuran program yang terbaik ini di ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Kunjungan Jelajah TVET Wilayah Selatan 2024

30 Mei 2024 - ILP Tangkak telah menerima lawatan misi TVET Zon Selatan yang dianjurkan oleh Kelab Rider ADTEC Batu Pahat yang melibatkan 30 rider dari ADTEC Batu Pahat, ILP Mersing, ILP Pasir Gudang dan ILP Tangkak.
 
Sesi lawatan turut memberi penerangan tentang ruang dan peluang kepada pelajar semester akhir ILP Tangkak bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Pengauditan Terhadap Pengurusan JiMS - Pemeriksaan Fizikal

28 Mei 2024 - Unit Audit Dalam, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap aset-aset yang berkaitan JiMS di ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Bengkel Teknik Mahir Memanah

29 Mei 2024 - ILP Tangkak telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek (KJP) sehari bersama komuniti yang disertai oleh 11 orang yang terdiri daripada Guru-Guru Tadika Al Hidayah Educare.
 
Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar pakar ILP Tangkak En Mohd Afizalamri Bin Mohd Asrab diatas ilmu yang diberikan berkaitan Teknik Mahir Memanah buat semua peserta.
 
Dalam kursus ini peserta didedahkan dengan pelbagai teknik memanah seperti berikut:
- Penentuan masa dominan
- Teknik memanah
- Pemasangan tali bow
- Pemasangan point anak panah
- pemasangan Flechers
- Teknik guna finger sling
- Latihan twist tangan
- penyelenggaraan peralatan
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan