12-13 Oktober 2023 - Kejayaan lagi buat ILP Tangkak
Tahniah diucapkan kepada pasukan Inovasi ILP Tangkak bagi bidang Teknologi Mekatronik dan Teknologi Fabrikasi Logam diatas kejayaan merangkul pingat emas bagi LIACE'23 yang telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Projek 3P1A Training Kit - (Tempat Kedua keseluruhan) dari bidang Teknologi Mekatronik dan Projek Smart Structure Jig Assembly Version 2 (Tempat Keempat Keseluruhan) dari bidang Teknologi Fabrikasi Logam telah dianugerahkan Pingat Emas bagi LIACE'23 kali ini.
Syabas dan tahniah kepada para pereka cipta. Semoga kejayaan terus menjadi milik ILP Tangkak!!
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"