18 Julai 2024 - Secara lazimnya, Tuan Pengarah Ts. Mohamad Noor Bin Ismail menyampaikan amanat kepada semua kakitangan ILP Tangkak pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah.
Program diteruskan dengan Majlis Sanjungan Budi Buat En Al-Hazari Bin Jamal.
ILP Tangkak merakamkan ucapan terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan En Al-Hazari Bin Jamal sepanjang berkhidmat di ILP Tangkak. Beliau akan bertukar dan menyambung perkhidmatan dalam perkhidmatan awam di ADTEC Shah Alam bermula 16 Julai 2024.
Terima kasih tuan,
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
