Accessibility Tools

web-ksu4.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
kp-baru2024-website.png
Mechanical Engineering Cad (1300 x 400 px).png
ITEX 2024.png
previous arrow
next arrow

Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah Bulan Disember 2023

21 Disember 2023 - Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan (BPPL) telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah dan Sesi Penyampaian Watikah dan Bacaan Ikrar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2024.
 
Tahniah buat semua dan selamat menjalankan Amanah yang diberikan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Lawatan perbincangan kerjasama perlaksanaan projek inovasi dan TCP (Training Cum Production)

20 Disember 2023 - ILP Tangkak menerima Lawatan dari Syarikat Fulle Technik Ke ILP Tangkak bagi perbincangan kerjasama perlaksanaan projek inovasi dan TCP (Training Cum Production)
 
Perbincangan ini merupakan perbincangan kali ke2 bagi merealisasikan cadangan kerjasama yang telak dibuat pada 2 November 2023.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Perbincangan dan Kerjasama ILP Tangkak dan Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

18 Disember 2023 - Pengurusan ILP Tangkak menghadiri sesi perbincangan dan kerjasama bagi pelaksanaan program Kursus Operasi Mekanikal Ladang (KOML) yang dilaksanakan di Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Bandar Tun Razak, Pahang.
 
Semoga usaha pemerkasaan TVET di Sektor Agrikomoditi Negara mencapai matlamat seperti yang dirancang.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Perlawanan Persahabatan Futsal Antara ILP Tangkak & Madrasah Riyaad Al Maa'Rif Sagil

15 DISEMBER 2023 - Telah berlangsung dengan jayanya perlawanan persahabatan futsal antara ILP TANGKAK dengan Madrasah Riyaad Al Maa'rif Sagil Tangkak. Perlawanan ini telah menghantar 3 pasukan di kalangan pelajar bertemu 3 pasukan warga madrasah yang terbaik.

 

Objektif perlawanan persahabatan futsal adalah untuk memupuk semangat bersukan dan mengwujudkan hubungan sosial komuniti setempat antara institut dan madrasah. Selain itu juga, dapat menjadi platform untuk mempromosikan ILP yang menjadi peneraju TVET.

 

Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Madrasah Riyyad Al Maa'rif Sagil - Ustaz Tn Hj Mohd Nizam Bin Hj Othman selaku penaung Madrasah kerana menerima kunjungan kami ke Gelanggang Serbaguna Arena Futsal.

 

"Bola futsal dibawa berjalan,

Menjalin hubungan amanah dan tugas;

Rajin dan tabah dalam bersukan,

Minda cerdas jasmani cergas."

 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam aktiviti sukan Futsal.

 

Pihak pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) memperlawa belia remaja sekitar Sagil Tangkak untuk belajar di ILP selaku peneraju TVET untuk memilih pengajian dalam Kemahiran anda. JOM MASUK ILP TANGKAK. Sila hubungi En Mohd Rafizi di talian 06-9773800 ext 102/250.

 

Layari laman web rasmi www.ilptangkak.gov.my

https://linktr.ee/Bpplilptangkak...

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

 

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan