1-15 Jun 2024 - Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak telah menjalankan Kursus Industrial Automation System Calibration di Makmal MPS Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak. Terima kasih diucapkan kepada En Al-Hazari Bin Jamal dan dibantu oleh Hj. Zamry Bin Zakaria selaku tenaga pengajar yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan kursus ini.
Seramai 18 orang pekerja dari ST Microelectronics Sdn. Bhd menghadiri kursus ini sebagai pendedahan kaedah melaksanakan penentukuran ke atas alat kawalan sistem automasi.
Kursus jangka pendek selama lima hari itu, membolehkan para peserta didedahkan tentang penyambungan 𝘱𝘳𝘰𝘹𝘪𝘮𝘪𝘵𝘺 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘰𝘳 pada 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘺 dan 𝘵𝘪𝘮𝘦𝘳, melaksanakan pemasangan 𝘔𝘰𝘥𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘗𝘳𝘰𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘴𝘰𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 serta melakukan tentukur komponen kawalan dan sensor pada mesin MPS dan seterusnya menggunakan perisian dan aplikasi PLC bagi membolehkan bendakerja dapat diasingkan dan dikawal melalui PLC.
Diharapkan agar ilmu yang diperolehi dari kursus ini dapat digunakan dan seterusnya dapat mengembangkan kemahiran yang sedia ada ditempat kerja.