Accessibility Tools

web-ksu4.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
kp-baru2024-website.png
Mechanical Engineering Cad (1300 x 400 px).png
ITEX 2024.png
previous arrow
next arrow

Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak 2023

26 November 2023 - Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak 2023 telah selesai dilaksanakan bagi menghargai kakitangan ILP Tangkak yang cemerlang dan sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah buat semua yang terpilih menerima anugerah yang diberikan.
 
Sebanyak 7 kategori pengiktirafan telah disediakan dan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa yang yang berkaliber.
Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pengarah YBhg. En Shakib bin Ahmad Shakir diatas kesudian merasmikan Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak Tahun 2023 kali ini.
 
Pada Majlis ini turut diselitkan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih kepada En Seliman bin Wagimin yang akan menamatkan perkhidmatan dalam sektor awam pada awal Januari 2024 dan buat Pn Ruhanizah Binti Mohd. Taib yang akan bertukar pada awal Disember 2023. Terima kasih tuan dan puan diatas khidmat yang cemerlang di ILP Tangkak dan semoga terus cemerlang di kehidupan / suasana kerja yang baru.
 
Terima kasih juga buat jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang julung kalinya dilaksanakan di ILP Tangkak. Semoga Majlis ini memberikan suntikan semangat dan iltizam yang tinggi buat semua warga kerja ILP Tangkak untuk terus memberikan khidmat yang terbaik
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan