Tahniah Team Robotik ADTEC JTM Kampus Tangkak!
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Team Robot ADTEC JTM Kampus Tangkak atas komitmen, semangat berpasukan dan penyertaan dalam Pertandingan Youth Robot 2026 yang telah berlangsung di IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 3–5 Julai 2026.
Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, malah menjadi medan untuk menguji kemahiran, kreativiti, inovasi dan semangat juang dalam bidang robotik. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Team Robot:
• Sharul Suhaizad bin Saman
• Mohd Rafizi bin Yasabah
• Ahmad Mohsin bin Mohd Yusoff
• Said bin Ismail
• Mohd Imran bin Ishak
• Muhamad Ashraf bin Salmin
• Norhamzah bin Mustapa
• Rasidi bin Ithnin
• Shakila Binti Zainal
• Norlizanto Bin Kamiran
Teruskan melakar kejayaan, mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Tangkak dan memperkasakan TVET Malaysia.
"Berani Berinovasi, Cemerlang Dalam Teknologi.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
