Accessibility Tools

Special Award, TUAH – Best Innovation Award dan Gold Award melalui projek inovasi 3P1A

Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Inovasi ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan cemerlang meraih Special Award, TUAH – Best Innovation Award dan Gold Award melalui projek inovasi 3P1A.
 
Kejayaan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2026 ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti komitmen, kreativiti serta semangat berpasukan yang tinggi dalam membudayakan inovasi di peringkat institusi.
 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada ahli pasukan, iaitu Ts. Hjh. Nor Azlina Binti Ismail, Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria, Tc. Sappa Bin Sampe, En. Said Bin Ismail dan En. Ahmad Mohsin Bin Mohd Yusoff atas usaha gigih, dedikasi dan sumbangan dalam mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ADTEC untuk terus memperkasa budaya inovasi, mencipta kecemerlangan dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
 
Tahniah sekali lagi! Anda kebanggaan kami!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles