Accessibility Tools

Ziarah Kasih - Tangan yang Menyantuni, Jiwa yang Mendoakan

Ujian kesihatan adalah titian sabar yang menuntut ketabahan yang tinggi. Menyedari hakikat itu, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mengadakan beberapa siri kunjungan Ziarah Kasih bagi menyantuni beberapa kakitangan kita yang sedang diuji.
 
Kehadiran kami membawa satu titipan ringkas namun mendalam: Bahawa kita adalah satu keluarga. Kami berharap agar ziarah ini mampu memberi sedikit kekuatan, kehangatan sokongan moral, dan keceriaan buat tuan/puan sekeluarga.
 
Doa kami di ADTEC Tangkak tidak pernah putus agar tuan/puan segera sembuh, diberikan kekuatan minda dan fizikal, serta segala urusan rawatan dipermudahkan.
 
Semoga nilai keprihatinan ini terus mekar dalam sanubari seluruh warga kerja, menjadikan kita organisasi yang bukan sahaja cemerlang dalam tugas, malah kaya dengan ihsan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles