Seronok dapat berkongsi ilmu!
Pn. Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi kami, telah menyampaikan taklimat eksklusif mengenai keistimewaan dan kursus-kursus hebat yang ditawarkan di ADTEC Tangkak (JTM).
Sesi ini telah dihadiri oleh 80 orang guru kaunseling sekitar Daerah Tangkak melalui program anjuran Majlis Guru-Guru Kaunseling. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Azmi bin Giman dan En. Khairuddin bin Abdul Malik dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak yang turut sama meluangkan masa hadir ke taklimat ini.
Sinergi mantap ini diharapkan dapat membantu para guru membimbing pelajar memilih laluan kemahiran yang menjamin kerjaya masa depan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
