Accessibility Tools

Program Keagamaan: Solat Reboot - Doa Iftitah

12 MEI 2026 - Alhamdulillah, Program Keagamaan Solat Reboot telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh penghayatan, melibatkan penyertaan aktif para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Bagi sesi kali ini, penekanan khusus telah diberikan kepada aspek pemurnian bacaan Doa Iftitah dalam solat. Para pelajar turut diberi pendedahan berkenaan kesilapan-kesilapan lazim yang sering berlaku semasa bacaan Doa Iftitah, di samping bimbingan secara berstruktur berkaitan kaedah bacaan yang betul, tepat dan sempurna.
 
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat memberi nilai tambah kepada kefahaman dan penghayatan para pelajar dalam ibadah solat, seterusnya menjadi usaha berterusan ke arah melahirkan generasi yang lebih cemerlang dari aspek sahsiah, kerohanian dan disiplin diri.
 
Semoga usaha murni ini menjadi asbab kepada peningkatan kualiti solat serta mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles