14 Mei 2026 || Satu pertemuan berimpak tinggi telah berlangsung di antara pihak pengurusan ADTEC Tangkak dan pasukan TP-Link Omada. Lawatan rasmi ini bukan sekadar kunjungan hormat, malah merupakan titik mula kepada kerjasama pintar yang lebih progresif.
Intipati perbincangan tertumpu kepada beberapa agenda strategik:
• Transformasi Fasiliti: Meneroka potensi penubuhan Makmal Omada TP-Link sebagai pusat kecemerlangan teknologi rangkaian di dalam premis.
• Peluang Kerjaya: Membuka laluan penempatan pekerjaan yang eksklusif bagi graduan SKM yang kompeten.
• Pembangunan Bakat: Memperkukuh kerjasama melalui program latihan kemahiran berimpak tinggi yang selari dengan kehendak industri masa kini.
Semoga kolaborasi ini bakal mencetuskan impak positif yang signifikan serta memacu inovasi mampan buat kedua-dua belah pihak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
