Sempena sambutan Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun lalu, ADTEC JTM Kampus Tangkak berbangga atas penglibatan aktif delegasi pelajar kami dalam menjayakan program berprestij ini.
Seramai 40 orang pelajar dari pelbagai bidang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung, melibatkan kursus:
• Teknologi Kimpalan
• Teknologi Fabrikasi Logam
• Teknologi CADD Mekanikal
Melalui platform berskala nasional ini, para pelajar telah mendapat peluang keemasan untuk meneroka inovasi baharu, membina jaringan korporat, dan mempamerkan kualiti latihan kemahiran yang diterapkan di ADTEC Tangkak.
Semoga pengalaman berharga ini membakar semangat mereka untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang teknikal masing-masing.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
