Accessibility Tools

Ziarah Kasih: Ukhwah Dierat, Kesyukuran Dipanjat

13 April 2026 - Satu kunjungan ukhwah telah diadakan oleh warga ADTEC Tangkak ke kediaman Puan Nor Rafizah Binti Zakaria yang baru-baru ini terlibat dalam musibah kemalangan jalan raya. Kunjungan yang penuh bermakna ini diketuai oleh Ts. Hjh. Nor Azlina Binti Ismail, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) ADTEC Tangkak, bertujuan untuk menziarahi rakan setugas serta memberikan sokongan moral buat beliau sekeluarga dalam menempuh waktu pemulihan ini.
 
Dalam kesempatan tersebut, Ts. Hjh. Nor Azlina yang juga mewakili pihak Koperasi Kakitangan ADTEC Tangkak telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Puan Rafizah sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial sesama warga kerja. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban serta menjadi pembakar semangat buat beliau untuk kembali pulih.
 
Seluruh warga ADTEC Tangkak mendoakan agar Puan Nor Rafizah Binti Zakaria dikurniakan kesembuhan yang segera (Syafakillah), diberikan kekuatan yang luar biasa, dan dipermudahkan segala urusan rawatan sehingga dapat kembali bertugas bersama kami nanti. Sesungguhnya, keakraban dan kebajikan setiap kakitangan adalah tunjang keharmonian di kampus kita.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles