Accessibility Tools

Memperkasa TVET: Lawatan Kerjasama Industri Daripada Eurojaya Precision Sdn Bhd

14 April 2026 - TANGKAK – ADTEC Tangkak terus memacu kecemerlangan melalui jalinan kolaborasi strategik bersama pemain industri utama. Hari ini, kami amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Eurojaya Precision Sdn Bhd.
 
Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, malah merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh Empat Teras Kolaborasi utama ADTEC Tangkak bersama industri:
✅ Pembangunan Bakat Semasa – Melatih semula (upskilling) pekerja industri sedia ada.
✅ Solusi Teknikal & R&D – Kolaborasi dalam penghasilan produk bersama.
✅ Saluran Bakat Masa Depan – Memastikan latihan industri dan penempatan kerjaya pelajar yang berkualiti.
✅ Perkongsian Kepakaran – Program latihan sangkut tenaga pengajar bagi memastikan silibus sentiasa relevan.
 
Kami mengalu-alukan kehadiran Delegasi Eurojaya Precision Sdn Bhd:
• Mr. Peter Lim (Managing Director)
• Ms. Jessica Tan (General Manager)
• Shaun Lim (Technical Engineer)
• Mohd Zain (Technical Support Executive)
 
Sesi perbincangan ini telah disertai oleh wakil ADTEC JTM Kampus Tangkak:
• Ts. Hjh. Nor Azlina Binti Ismail (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan)
• Cik Siti Noormaya Binti Bilmas (Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi)
• En. Noor Hadi Bin Misran (Penolong Pengarah CESS)
• En. Sharul Suhaizad Bin Samaan (Ketua Bahagian Teknologi Pembuatan)
• Tc. Hjh. Shakila Binti Zainal (Pegawai CESS)
• Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria (Pegawai CESS)
• En. Wan Azman Bin Wan Yahaya (Pengajar Pakar Teknologi Pembuatan)
 
Semoga sinergi antara ADTEC Tangkak dan Eurojaya Precision Sdn Bhd ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang kompeten bagi memenuhi keperluan sektor pembuatan negara.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles