Kami warga ADTEC JTM Kampus Tangkak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Wan Noor Azrina Binti Wan Azhari di atas penganugerahan gelaran Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Pencapaian luar biasa ini merupakan bukti dedikasi, ketekunan, dan komitmen tinggi beliau dalam memperkasakan ilmu pengetahuan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus mengejar kecemerlangan.
Selamat maju jaya dan syabas sekali lagi, Ts. Dr. Wan Noor Azrina!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
