Accessibility Tools

Pemerkasaan Kompetensi Teknologi: Kursus Advanced Network Defense

Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian komited dalam memperkukuh benteng pertahanan digital organisasi melalui penganjuran Kursus Advanced Network Defense: Firewall Engineering & Hardening yang telah berlangsung pada 30 Mac hingga 3 April 2026.
 
Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam memastikan tenaga pengajar sentiasa kompeten dan selari dengan evolusi keselamatan siber masa kini. Fokus utama kursus merangkumi:
• Pematuhan Amalan Terbaik: Pendalaman konsep security zones, DMZ, NAT/PAT serta pengurusan polisi firewall yang kritikal.
• Kemahiran Teknikal Mendalam: Latihan praktikal melibatkan konfigurasi firewall melalui antaramuka GUI dan CLI untuk pengukuhan sistem secara holistik.
 
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada Dr. Sheikh Nasir bin Kamarudin atas perkongsian kepakaran dan bimbingan sepanjang sesi ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan teknologi rangkaian.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles