4 Mac 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kuiz Ramadan bersempena program Ihya Ramadan 1447H. Program ini bukan sekadar pertandingan, malah merupakan wadah bagi memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan ilmu dalam suasana yang penuh harmoni serta menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan pelajar.
Kuiz telah dibahagikan kepada empat bahagian, merangkumi pelbagai topik berkaitan Ramadan dan ilmu pengetahuan Islam yang melibatkan kerjasama empat orang wakil dari setiap bengkel.
Antara objektif utama pertandingan ini adalah:
• Meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan ibadah dan sejarah Islam.
• Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan antara ahli bengkel.
• Menggalakkan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadan.
• Mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar.
Syabas diucapkan kepada semua peserta atas semangat persaingan sihat yang ditunjukkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan besar buat kita semua.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
