Accessibility Tools

Memperkasakan Bakat Industri Melalui Kepakaran Teknikal: CCNAV7.02 Introduction To Networks (ITN) Scope And Sequence

 
ADTEC JTM Kampus Tangkak terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju transformasi modal insan melalui penganjuran Kursus Jangka Pendek (KJP) CCNAV7.02: Introduction To Networks (ITN) Scope And Sequence.
 
Inisiatif yang dilaksanakan secara fizikal ini merupakan kolaborasi strategik di bawah peruntukan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (PERKESO), khusus untuk memperkasakan kompetensi teknikal Orang Berinsuran (OB) demi mendepani cabaran industri masa kini.
 
Berlangsung di Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian), kursus ini dirangka khusus untuk memperkasakan kompetensi teknikal peserta dalam pengurusan Konfigurasi Sistem Operasi Rangkaian (Cisco IOS).
 
Melalui modul ini, para peserta didedahkan dengan kemahiran kritikal bagi pengoperasian peranti Cisco menerusi Command Line Interface (CLI), yang merangkumi penetapan kredibiliti sistem, konfigurasi identiti peranti, serta pengukuhan protokol keselamatan asas rangkaian.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles