Accessibility Tools

Memperkukuh Sinergi Industri - Lawatan industri ke Syarikat Juken Sdn. Bhd

11 Februari 2026 - Unit CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak mengadakan lawatan imbal balas dengan Syrikat Juken Sdn. Bhd, Ulu Tiram, Johor bagi memperincikan inisiatif pemerkasaan TVET antara institusi kemahiran dan industri sekaligus membincangkan potensi usahasama pintar bagi memperkasakan ekosistem TVET negara.
 
Selain perkongsian kepakaran, perbincangan turut memfokuskan kepada bentuk kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama demi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
 
Semoga kolaborasi ini dapat memperkukuh kualiti graduan dan memartabatkan institusi dalam membina masa depan TVET yang lebih dinamik serta inovatif.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 
 

Related Articles