Accessibility Tools

Memperkasa Sahsiah Pelajar TVET Melalui Program Sinar Santun: Menimba Hikmah

25 Februari 2026 - Unit Pengurusan Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Program Sinar Santun: Menimba Hikmah bertempat di Rumah Nur Ehsan, Tangkak.
 
Program ini merupakan inisiatif strategik untuk melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, malah memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Melalui interaksi bermakna bersama penghuni Rumah Nur Ehsan, para ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ADTEC JTM Kampus Tangkak berpeluang menimba kebijaksanaan hidup sekali gus menyemai nilai empati, hormat-menghormati, dan tanggungjawab sosial merentas generasi.
 
Inisiatif ini membuktikan komitmen ADTEC Tangkak dalam membentuk modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah demi pembangunan komuniti yang mampan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles