Jalinan kerjasama antara institusi kemahiran dan gergasi industri terus diperkukuh demi masa depan bakat negara!
Pada 6 Februari 2026 (Jumaat), satu lawatan kerja dan sesi perbincangan berimpak tinggi telah diadakan di Micron Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd. Lawatan ini dihadiri oleh delegasi dari Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Tangkak dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan.
Sesi yang berlangsung di Bilik Pangkor ini memfokuskan kepada penyelarasan program latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah:
1. Perbincangan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia)
2. Taklimat Akademi Dalam Industri (ADI) oleh pihak JPK
3. Sesi soal jawab dan hala tuju kolaborasi strategik antara industri & akademik.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan delegasi yang hadir:
Tuan Rumah - Micron Semiconductor Malaysia (WFD):
• Vanessa Lim (Workforce Development Manager)
• En. Fahmi Effendi Bin Jaafar (Senior Officer Workforce Development)
Delegasi Adtec Tangkak:
• En. Ahmad Jefri bin Sabri (Pengarah)
• Ts. Mohd Nazri bin Salim
• En. Noor Hadi Bin Misran
• Tc. Hjh. Shakila binti Zainal
• Ts. Hj. Zamry Bin Hj. Zakaria
Delegasi JPK Wilayah Selatan:
• Pn. Nor Asmah Binti Daud (Pengarah)
• En. Md Najib Bin Sairi
• Pn. Nur Aisyah Binti Abdul Aziz
• Pn. Siti Rodhiah Binti Mohd Yunus
• Pn. Nurul Aini Binti Mohamed Noor
Terima kasih kepada semua pihak atas komitmen yang jitu. Semoga sinergi ini terus memacu kecemerlangan TVET dan memperkasa ekosistem semikonduktor di Malaysia!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”