9 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak melangkah setapak lagi ke hadapan dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan, ADTEC Tangkak hari ini telah menerima lawatan industri daripada Juken Technology Engineering Sdn. Bhd.
Sesi perbincangan ini diketuai oleh Pn. Azlina binti Alias, Pengurus HR & Pentadbiran Juken Technology, bertujuan membincangkan kolaborasi strategik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir syarikat, khususnya dalam bidang:
Pihak ADTEC Tangkak amat mengalu-alukan inisiatif ini dalam memastikan silibus dan kemahiran pelajar sentiasa relevan dengan permintaan industri teknologi tinggi masa kini.
Hadir mewakili ADTEC Tangkak:
- Ts. Hjh. Nor Azlina binti Ismail (Timbalan Pengarah Latihan)
- Ts. Mohd Nazri bin Salim
- En. Noor Hadi bin Misran
- Tn. Hj. Sharul Suhaizad Bin Samaan
- Tc. Hjh. Shakila binti Zainal
- Ts. Hj. Zamry bin Hj. Zakaria
Semoga jalinan kerjasama ini membuka lebih banyak peluang latihan industri dan kerjaya yang cemerlang buat para pelajar ADTEC Tangkak!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
