Kuala Lumpur, 11 Februari 2026 || Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, En Ahmad Jefri bin Sabri telah menghadiri Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.
ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Anugerah 5 Bintang (Penarafan Tunggal Program TVET 2024) bagi tiga (3) program iaitu Teknologi Fabrikasi, Teknologi Mekatronik dan Teknologi Rangkaian Komputer.
Pengiktirafan ini menjadi bukti keupayaan Kampus Tangkak dalam menyampaikan latihan kemahiran yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kampus Tangkak. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuh peranan sebagai salah satu institusi TVET yang unggul di Malaysia.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
