29 Januari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), selaku Sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC), atas mandat dan kepercayaan dalam pelan pelaksanaan Program JTDC Connect 2026.
Kerjasama ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan agenda pembangunan modal insan di Johor, khususnya dalam memacu Literasi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital. Inisiatif ini juga berfungsi sebagai jambatan kolaborasi antara akademik dan industri dalam membangunkan modal insan yang mampu menyokong transformasi sektor berasaskan automasi dan teknologi pintar.
Sebagai sebahagian daripada persediaan rapi, satu sesi lawatan tapak telah dijalankan bagi menilai kesesuaian infrastruktur serta memastikan keperluan fasiliti memenuhi piawaian penganjuran yang ditetapkan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
