Accessibility Tools

Lawatan Industri CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke TOP EMPIRE SDN. BHD.

13 Januari 2026 - Satu sesi Lawatan Industri telah diadakan oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke TOP EMPIRE SDN. BHD. sebagai usaha memperkukuh jaringan industri serta membuka peluang kerjasama baharu bagi tahun 2026.
 
Lawatan ini telah disertai oleh pegawai ESS ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Tc. Hjh. Syakila Binti Zainal dan Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria. Sesi pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan strategik berkenaan kesinambungan dan peluasan kerjasama industri yang memberi manfaat bersama.
 
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah En. Abdul Halim Lim bin Abdullah, Director (Engineering) TOP EMPIRE SDN. BHD., serta En. Nazerul, Supervisor yang menyelia program kerjasama bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi tahun 2025.
 
Untuk makluman, TOP EMPIRE SDN. BHD. telah menjalinkan kerjasama aktif dengan ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui penghantaran pekerja-pekerja syarikat bagi tujuan peningkatan kemahiran dan kepakaran. Hasil kerjasama ini, para peserta telah berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 dalam bidang Automasi Industri, yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Diharapkan hubungan strategik ini dapat terus diperkukuh demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan industri semasa.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles