Accessibility Tools

Lawatan Kerja Rasmi Jabatan Mufti Negeri Johor Ke ADTEC JTM Kampus Tangkak

2 Januari 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati dan bertuah menerima kunjungan hormat daripada Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor dalam rangka lawatan rasmi ke Kampus Tangkak hari ini.
 
Kunjungan penuh bermakna ini turut disertai oleh:
• Sahibus Fadhilah Tuan Haji Baharin bin Jalal (Ketua Penolong Mufti - Fatwa).
• Wakil Rasmi Ketua Penolong Pengarah PMS, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (PMS) Ibu Pejabat.
• Pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Johor.
 
Pihak kampus juga mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Pejabat Kadi Daerah Tangkak yang diketuai oleh As-Syeikh Haji Khairudin bin Salimin (Kadi Daerah Tangkak) bersama barisan pegawai dan penggerak dakwah daerah.
 
Sesi lawatan ini bertujuan untuk Pembentangan Permohonan Kelulusan Pewartaan Pelaksanaan Solat Jumaat bagi Surau Al-Jazari, Kampus Tangkak. Delegasi juga turut menyantuni sesi lawatan tapak dan pemeriksaan fizikal kemudahan surau bagi memastikan segala prasyarat dipenuhi.
 
Semoga usaha murni untuk memakmurkan Surau Al-Jazari ini mendapat keredaan Allah SWT dan dipermudahkan urusannya demi kemaslahatan seluruh warga kampus.
 
Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua pihak yang terlibat.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles