Accessibility Tools

Memperkasa Nilai Murni Melalui Program Budaya Al-Quran

30 Januari 2026 - ADTEC Kampus Tangkak telah menganjurkan sesi eksplorasi ilmu melalui program bacaan dan tadabbur Al-Quran, Surah Al-Baqarah (Ayat 1-24) khusus bagi pelajar Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas).
 
Program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar, khususnya berkaitan ciri-ciri orang beriman, orang kafir dan golongan munafik seperti yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.
 
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten secara kemahiran, malah seimbang dari sudut spiritual dan etika kerja.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles