12 Januari 2026 - CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mengadakan Lawatan Industri ke STMicroelectronics Sdn. Bhd. yang melibatkan Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Tc. Hjh. Syakila Binti Zainal, En. Azrul Anuar Bin Ghazali dan Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan industri serta meneroka peluang kerjasama strategik baharu bagi tahun 2026, khususnya dalam aspek latihan kemahiran, pendedahan kepada teknologi industri terkini dan potensi kolaborasi latihan berasaskan industri.
Untuk makluman, STMicroelectronics Sdn. Bhd. telah menjalin kerjasama dengan ADTEC JTM Kampus Tangkak sejak tahun 2022 melalui program latihan kemahiran yang melibatkan pekerja-pekerja di peringkat operator. Kerjasama ini bertujuan memperkasakan kemahiran tenaga kerja industri, dan hasilnya sebanyak empat (4) batch peserta telah berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 dalam bidang Automasi Industri.
Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada STMicroelectronics Sdn. Bhd. atas komitmen berterusan, sambutan mesra serta perkongsian ilmu yang amat bermakna. Diharapkan hubungan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh dan memberi impak positif secara berterusan pada masa hadapan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
