Accessibility Tools

Majlis Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi 1/2026

9 Januari 2026 - Majlis Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai penutup rasmi kepada rangkaian program orientasi pelajar baharu ADTEC JTM Kampus Tangkak. Majlis ini menandakan berakhirnya fasa penyesuaian awal serta permulaan perjalanan pelajar dalam dunia pendidikan teknikal dan kemahiran.
 
Sepanjang pelaksanaan MSK, pelajar baharu telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang bertujuan memperkukuh kefahaman terhadap persekitaran kampus, peraturan institusi serta pembentukan sahsiah dan disiplin diri.
 
Diharapkan program ini dapat menjadi asas kukuh dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran sepanjang pengajian mereka.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles