10 Disember 2025 - Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif murni Bantuan Kasih Johor yang telah diserahkan kepada penjawat awam Persekutuan di negeri Johor, termasuk kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Sesi serahan yang turut dihadiri oleh wakil dari SUK Negeri Johor ini mencerminkan keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri Johor terhadap jasa serta peranan penjawat awam Persekutuan dalam menggerakkan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Johor.
Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin semangat kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
