Accessibility Tools

Sentuhan Kasih ADTEC JTM Kampus Tangkak Bersama Komuniti Bestari

6 Disember 2025 - Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Pameran dan Aktiviti Sempena Program Sentuhan Kasih bersama Komuniti Bestari Perpustakaan Desa Kampung Teluk Rimba.
 
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini merupakan inisiatif penting ADTEC JTM Kampus Tangkak untuk mendekati masyarakat dan berkongsi peluang pendidikan TVET berkualiti.
 
Fokus Utama Pameran:
• Hebahan Kemasukan: Memberi penerangan terperinci mengenai program-program Diploma dan Diploma Lanjutan serta prosedur permohonan ke ADTEC JTM Kampus Tangkak.
• Agihan Promosi: Pasukan kami juga telah melaksanakan pengagihan Poster dan Flayer secara meluas ke Masjid-masjid berdekatan dan ke Perpustakaan Desa Zon Johor bagi memastikan maklumat kemasukan sampai kepada semua lapisan masyarakat dan belia.
 
Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan. Jom daftar ke ADTEC Tangkak dan jadikan TVET pilihan kerjaya anda!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles