6 Mei 2026 - Aktiviti Briskwalk mingguan warga ADTEC JTM Kampus Tangkak telah diteruskan dengan jayanya melalui penganjuran oleh Bengkel Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan). Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
Penyertaan yang memberangsangkan mencerminkan komitmen warga ADTEC dalam menjaga kesejahteraan fizikal serta memperkukuh semangat kebersamaan melalui aktiviti riadah yang sihat dan bermanfaat.
Jom Briskwalk, Jom Sihat!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
