Accessibility Tools

Majlis Sejambak Budi, Seindah Kenangan, Sejuta Penghargaan

5 Mei 2026 - Tibalah saat yang penuh syahdu dan bermakna — sebuah majlis bagi meraikan perjalanan panjang penuh jasa dan pengorbanan, Majlis Persaraan bagi seorang pegawai yang disegani dan dihormati, En. Wan Ismail Bin Wan Alias. Sepanjang tempoh hampir 25 tahun perkhidmatan beliau, pelbagai sumbangan dan jasa telah dicurahkan dengan penuh dedikasi, komitmen serta keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab.
 
Majlis ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan atas segala bakti yang telah diberikan, malah menjadi kenangan indah buat seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak yang pernah bekerjasama bersama beliau. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi kecemerlangan organisasi.
Semoga segala pengalaman dan kenangan sepanjang perkhidmatan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
 
Selamat bersara diucapkan kepada En. Wan Ismail Bin Wan Alias, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.
Jasamu dikenang, budimu disanjung, namamu terpahat selamanya.
 
Ikhlas daripada kami,
Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles