16 April 2026 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah Bilangan 2 bagi tahun 2026 sebagai platform komunikasi dan penyampaian maklumat antara pengurusan dan pelajar.
Pelbagai amanat turut disampaikan oleh barisan pengurusan sebagai panduan kepada seluruh pelajar, merangkumi aspek pembangunan sahsiah, disiplin serta kecemerlangan akademik.
Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap kepentingan penguasaan kemahiran teknikal berasaskan kecerdasan buatan (AI), selari dengan perkembangan semasa dan pelaksanaannya dalam kehidupan harian serta industri masa kini.
Majlis ini turut menjadi medium penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang serta penglibatan aktif dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti sepanjang tempoh pengajian, sekaligus mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Tangkak di pelbagai peringkat.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta Inovasi CITEC 2026. Pengiktirafan yang diterima merupakan bukti kecekapan, kompetensi serta keberhasilan ilmu yang telah diterapkan sepanjang berada di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
