13 Ogos 2026 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul pada 13 Ogos 2026, selepas solat Maghrib, bertempat di Surau Al-Jazari, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan penghayatan terhadap sambutan Maulidur Rasul, di samping meningkatkan pengetahuan dan kecintaan para pelajar terhadap sirah serta keperibadian Rasulullah SAW. Aktiviti ini juga menjadi medium pembelajaran yang santai, interaktif dan bermanfaat dalam kalangan warga pelajar.
Kuiz telah dijalankan secara dalam talian dan mengandungi sebanyak 35 soalan yang merangkumi pengetahuan berkaitan Rasulullah SAW, sirah dan penghayatan Maulidur Rasul.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila pertandingan ini berjaya menarik lebih 100 penyertaan daripada para pelajar. Penyertaan yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan minat dan komitmen pelajar dalam menyertai aktiviti kerohanian serta pengisian ilmu yang dianjurkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada BPPL dan Majlis Perwakilan Pelajar atas penganjuran program yang bermanfaat ini.
Semoga usaha sebegini dapat diteruskan bagi membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kemahiran, malah mempunyai jati diri, akhlak dan kecintaan yang tinggi kepada Rasulullah SAW.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
