Accessibility Tools

Memperkasa Pendidikan Kemahiran: Penyertaan ADTEC Tangkak Di IUC 2026

14 Ogos 2026 – Dalam usaha berterusan menyokong pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima jemputan untuk menjayakan Pameran Pendidikan dan Kerjaya anjuran SMK Dato’ Ahmad Arshad, Segamat, bersempena dengan Perkhemahan Perpaduan Antarabangsa (IUC).
 
Delegasi institut pada kali ini telah diwakili oleh tiga (3) orang pelajar cemerlang dari program Diploma Teknologi Struktur Logam (Minyak dan Gas), dengan bimbingan dan iringan dua (2) orang kakitangan institut.
 
Penglibatan ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan peluang kebolehpasaran kerjaya dalam bidang teknikal, malah ia menjadi platform terbaik buat pelajar kami dalam mengasah kemahiran komunikasi dan kepimpinan apabila berinteraksi secara terus dengan para peserta perkhemahan.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Dato’ Ahmad Arshad atas penganjuran yang cemerlang. Bersama kita melahirkan generasi tenaga kerja mahir negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles