

18-20 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima kunjungan rasmi barisan Pegawai Naziran bagi sesi Lawatan Verifikasi Bilangan 2 Tahun 2026.
Fokus utama lawatan selama tiga hari ini adalah bagi melaksanakan Semakan Tahap Terendah (SPC.07) khusus untuk program Persijilan Tunggal SKM/DKM.
Sesi ini amat penting bagi memastikan kualiti dan standard latihan kemahiran di institusi kami sentiasa berada pada tahap yang cemerlang serta mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan panel penilai atas komitmen, bimbingan, dan kepakaran yang dikongsikan sepanjang sesi verifikasi ini berlangsung:
👨💼 Ts. Mohd Sharmizi Bin Abu Bakar
👨💼 Ts. Nasiruddin Bin Sadan
👨💼 Tc. Mohd Ismail Bin Shaari
👨💼 Tc. Zaini Bin Md Halim
👩💼 Ts. Hjh. Norliza Binti Hashim
Terima kasih atas dedikasi dan kerjasama yang diberikan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

20 Ogos 2026 – Program STRIVE26:Kem Eksplorasi TVET melabuhkan tirai dengan Majlis Perasmian dan Penutup Program yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Khairul Nisak Bin Ahmad, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, PPD Tangkak.
Lebih membanggakan, platform penjenamaan TVET ini telah berjaya menghimpunkan delegasi cemerlang yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah atas dan guru pengiring dari 46 buah sekolah merentasi daerah Tangkak, Muar, dan Segamat, dengan sokongan penuh daripada barisan pegawai kanan JPN Johor.
Sekalung apresiasi dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas dedikasi, komitmen jitu, dan semangat inkuiri yang luar biasa sepanjang sesi eksplorasi ini. Anda adalah perintis teknokrat masa depan negara!
Adalah menjadi harapan kami agar cetusan ilmu, kemahiran praktikal, dan pengalaman berharga yang digarap sepanjang kempen STRIVE26 ini menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran industri global.
Langkah bermula di sini. Terus mara ke hadapan bersama TVET!
Teruskan Meneroka, Teruskan Mencipta.
Jadilah Generasi TVET Masa Hadapan.
JTM Mekar Di Hatiku
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Bicara Inspirasi Alumni: Sinergi Strategik ADTEC Tangkak & JPN Johor Menerusi STRIVE26: Kem Eksplorasi TVET
20 Ogos 2026 – Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Alumni ADTEC JTM Kampus Tangkak atas sesi perkongsian pengalaman yang amat berharga:
1. En. Saiful Sazali Bin Abdul Rashid
Alumni Sesi 2001
Bidang Rekabentuk Produk Industri
Pemilik Syarikat Brilliant Million Works (BMW)
2. En Muhammad Safwan Nuqman Bin Samsudin
Alumni Sesi 2022
Bidang Teknologi Kimpalan
QA/QC Inspector, CLLS Engineering (M) Sdn Bhd
Wawasan dan realiti industri yang dikongsikan pastinya menjadi pemangkin semangat serta menyuntik inspirasi buat semua peserta Program STRIVE26 untuk terus melakar kecemerlangan. Semoga sinergi strategik ini terus memperkasakan pembangunan modal insan negara.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”







 (1300 × 110 px) (1).png)

