Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Tangkak Tahun 2026

31 Ogos 2026 - Sederap melangkah menzahirkan semangat patriotisme, ADTEC JTM Kampus Tangkak berbangga dapat menyertai acara Perarakan dan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Tangkak bagi tahun 2026. Mencatat sejarah tersendiri, edisi penganjuran pada tahun ini telah melakar kelainan apabila diadakan buat julung kalinya di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ).
 
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Pannir Selvam A/L Paliksina, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor, sebagai wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Turut sama menyerikan acara adalah Tuan Md Rozamusliadi Bin Haji Roslan, Pegawai Daerah Tangkak, barisan Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tangkak, serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Tangkak.
 
Sekalung tahniah dan apresiasi diucapkan kepada kontinjen perbarisan ADTEC JTM Kampus Tangkak yang membariskan 33 orang pelajar dan diringi oleh 3 orang pegawai.
 
Komitmen dan disiplin jitu yang dipamerkan wajar dipuji.
 
Terus mara untuk negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIAKE-69

MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI
 
Seluruh Pengurusan dan Warga Kerja ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Selari dengan tema kemerdekaan pada tahun ini, kami di ADTEC Tangkak terus komited menggalas tanggungjawab memperkasakan agenda TVET negara. Kami beriltizam untuk terus melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, inovatif, dan berdaya saing demi memacu kemajuan masa depan Malaysia.
 
Bersama kita membina negara yang makmur dan harmoni melalui keunggulan kemahiran.
 
Merdeka!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Meraikan Kepelbagaian, Memperkasakan Kesatuan

Dewan Serbaguna Kampus Tangkak dimeriahkan dengan penganjuran Program Ukhwah khusus buat mahasiswa bukan beragama Islam. Inisiatif inklusif ini direncana sebagai pengisian bermakna buat mereka, seiring dengan majlis sambutan Maulidur Rasul yang sedang dihadiri oleh mahasiswa beragama Islam.
 
Lebih daripada sekadar perjumpaan, program ini merupakan manifestasi komitmen kami dalam memperkukuh integrasi kaum dan semangat kekitaan di dalam kampus.
 
Kami percaya bahawa ekosistem pendidikan yang holistik bermula dengan elemen 'Keseronokan Belajar' (Joy of Learning) – membudayakan gaya hidup kampus yang sihat, harmoni, dan seimbang untuk semua warga pelajar.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak

28 Ogos 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus bagi tahun 1448H/2026M dengan penuh gilang-gemilang dan harmoni.
 
Bertepatan dengan objektif untuk menyemai kecintaan dan memupuk ukhuwah dalam kalangan warga kerja serta para pelajar, sambutan pada tahun ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian rohani dan aktiviti yang bermanfaat.
 
Antara sorotan utama majlis pada hari ini termasuklah:
• Perarakan Maulidur Rasul warga kampus.
• Penjurian Sepanduk yang menampilkan kreativiti dan semangat berpasukan.
• Persembahan Qasidah & Nasyid yang disulami dengan selawat ke atas Baginda SAW.
• Ceramah Khas Maulidur Rasul
• Penyampaian Hadiah Pertandingan & Cenderahati
 
Pihak pengurusan ADTEC Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zulikram Amry Bin Ghazali dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim atas kesudian hadir menyampaikan ceramah yang sarat dengan teladan dan pengajaran buat panduan kita bersama.
 
Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat terus menyuntik semangat seluruh warga ADTEC Tangkak untuk mencontohi akhlak mulia, integriti, dan kepimpinan terpuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian dan tugasan rasmi.
 
Terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjur dan warga kampus yang telah memberikan komitmen cemerlang dalam menjayakan majlis ini!
 
"Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW"
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan