Accessibility Tools

tamattingkatan5tanpaplastik.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
Dilanjutkan Sehingga Januari 2026a.png
CopyofCopyofPengambilanpelajarbaharu83x32in83x32678in1000x400px1300x400px.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Program Pesona Keluarga Johor Tahun 2025

30 Ogos 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menghantar 20 orang pelajar bagi mengikuti Program Pesona Keluarga Johor Tahun 2025 anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) di Bakri Junction Ballroom, Muar.
 
Program yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dianjurkan bagi memperkukuh kesejahteraan keluarga, memperkasa wanita, menyokong pelajar, dan membela golongan rentan di negeri Johor.
 
Secara keseluruhannya, Program Pesona Keluarga Johor 2025 telah berjaya mencapai objektifnya sebagai medan penyatuan keluarga dan komuniti, sekali gus mengukuhkan semangat muafakat Johor demi kesejahteraan bersama.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Penyertaan dalam Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Tangkak 2025

31 Ogos 2025 || Penglibatan ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam Sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 Tahun 2025 Peringkat Daerah Tangkak
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 
 

Majlis Penutup Program Semarak Merdeka 2025

28 Ogos 2025 - Majlis Penutup Program Semarak Merdeka peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya mengakhiri rangkaian aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan. Program ini telah menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Suara Patriotik dan Pertandingan Kuiz Merdeka yang semuanya bertujuan menyemarakkan rasa cinta akan tanah air.
 
Ucapan penutup yang disampaikan oleh tuan pengarah, En Ahmad Jefri Bin Sabri yang menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi perlu dihayati dengan semangat perpaduan, disiplin, dan tanggungjawab untuk membangunkan negara. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pelajar dan jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan program dengan penuh dedikasi.
 
Secara keseluruhannya, Program Semarak Merdeka telah berjaya menyempurnakan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kampus Tangkak dengan penuh semangat dan kebersamaan. Ia membuktikan bahawa semangat patriotisme sentiasa subur dalam diri rakyat Malaysia dan akan terus diwarisi oleh generasi yang akan datang.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Semarak Merdeka - Pertandingan Kuiz Merdeka

27 Ogos 2025 - Program Semarak Merdeka peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak terus di semarakkan dengan aktiviti Pertandingan Kuiz Merdeka telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
 
Pertandingan ini dianjurkan bagi menguji pengetahuan para pelajar tentang sejarah tanah air, tokoh-tokoh perjuangan, perlembagaan, lagu patriotik, serta pelbagai fakta menarik berkaitan Malaysia. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menyemai semangat cinta negara serta meningkatkan kefahaman generasi muda tentang erti sebenar kemerdekaan.
 
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menguji minda, menambahkan ilmu pengetahuan, dan yang paling penting, menyalakan obor semangat cinta tanah air dalam jiwa generasi muda Malaysia.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan