Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2026 kini telah dibuka

*PERHATIAN KEPADA SEMUA GRADUAN ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK TAHUN 2026 (KELUARAN SESI 1/2025 & 2/2025)*
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dimaklumkan bahawa Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2026 kini telah dibuka.
*Tindakan yang perlu dibuat:*
✅ Langkah 2: Log masuk dan lengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2026. *Carian nama institusi: KOLEJ TEKNOLOGI TERMAJU JABATAN TENAGA MANUSIA (ADTEC JTM) KAMPUS TANGKAK*
⏰ Tarikh akhir: *24 Ogos 2026 (Isnin)*
 
❗*Perhatian*:
• Pegawai CESS akan menyemak status pengisian SKPG setiap hari.
• Graduan yang belum melengkapkan kajian akan dihubungi.
• Jika masih belum selesai, pihak waris akan turut dihubungi bagi memastikan kajian ini dilengkapkan sebelum tarikh akhir.
• *Senarai Graduan Belum Lengkap SKPG* akan dikemas kini setiap hari jam 10.00 pagi.
• Setelah selesai mengisi SKPG, nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan.
• Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan SKPG, sila hubungi En AZRUL ANUAR (012-6939945) & En NOOR HADI (019-7381856)
 
❗ Mohon kerjasama semua graduan yang tersenarai untuk mengambil tindakan *SEGERA* .
 
*BAGI PELAJAR YANG SAMBUNG BELAJAR KE ADTEC MOHON ISI STATUS SAMBUNG BELAJAR*
 
Terima kasih atas kerjasama anda.
 

Kolaborasi Strategik: Akademi Bateriku - ADTEC JTM Kampus Tangkak

Akademi Bateriku berbesar hati mencatatkan satu lagi peristiwa penting menerusi jalinan kerjasama strategik bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam penganjuran Kursus Affiliate and Hosting Program.
 
Sesi perkongsian ilmu ini telah dihadiri oleh barisan tenaga pengajar yang berdedikasi serta para pelajar semester akhir bagi Sesi 2/2026. Inisiatif kolaboratif ini dirangka khusus untuk melengkapkan para graduan dan warga pendidik dengan kemahiran digital yang relevan, selari dengan keperluan industri semasa.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Tangkak atas komitmen yang jitu, serta syabas kepada semua peserta yang mempamerkan kesungguhan yang luar biasa. Bersama kita terus memacu kecemerlangan modal insan dan kelestarian ekonomi digital negara.
 
Melangkah ke hadapan bersama Akademi Bateriku!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Promosi sempena Tangkak Run For Peace Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

25 Julai 2026 - Program Promosi sempena Tangkak Run For Peace Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat SK Sawahring, Bukit Gambir.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Pelajar Bersama Ketua Jabatan Dan Slot Bersama Kaunselor Anda

Perhimpunan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung dengan dikendalikan oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kampus Tangkak. Perhimpunan kali ini membawakan pengisian yang amat padat dan bermakna buat semua pelajar dalam membentuk sahsiah serta kecemerlangan diri.
 
Slot 1: Kupasan Khas Bersama Kaunselor Anda
Slot pertama telah disampaikan oleh Pn. Noorashikin binti Saari (Kaunselor ADTEC Tangkak) dengan tajuk kupasan:
"Kekuatan IQ, EQ, dan SQ untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang"
 
Dalam slot ini, para pelajar didedahkan dengan kepentingan mengimbangi kecerdasan minda (IQ), pengurusan emosi (EQ), dan pemantapan kerohanian (SQ). Ketiga-tiga elemen ini merupakan teras utama untuk melahirkan modal insan yang beraspirasi tinggi, berdaya saing, dan berkeperibadian mulia.
 
Slot 2: Amanat & Peringatan Bersama Ketua Jabatan
Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan serta penyampaian khas daripada Ketua Jabatan, Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan bin Wan Azammuddin.
 
Antara perkara utama yang ditekankan oleh beliau termasuklah:
Kepatuhan Buku Peraturan Pelajar: Peringatan mesra agar semua pelajar sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan di kampus demi menjaga disiplin dan keharmonian bersama.
 
Keselamatan Jalan Raya: Penekanan berterusan mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri, terutamanya ketika memandu kenderaan dan keselamatan semasa melakukan kerja kerja bengkel.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan