Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Memperkasa Bakat Muda: Lawatan Akademik SMK Tun Mamat Ke ADTEC Tangkak

9 September 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi lawatan akademik daripada SMK Tun Mamat, Tangkak SMK Tun Mamat Rasmi.
 
Delegasi yang terdiri daripada 43 orang pelajar Tingkatan 4 bersama 2 orang Guru Kaunseling ini hadir dengan satu matlamat yang jelas: meneroka potensi tanpa sempadan dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
 
Sepanjang program berlangsung, pengisian padat telah diatur bagi memastikan objektif lawatan tercapai:
✨ Sesi Ice-Breaking: Dikelolakan oleh Pegawai Psikologi, Pn. Noorashikin Saari, bagi membina keserasian dan menyuntik motivasi persediaan minda pelajar.
📚 Taklimat Pengenalan Kursus: Disampaikan oleh En. Mohd Rafizi bin Yasabah, memberi gambaran jelas mengenai laluan kerjaya dan program yang ditawarkan di ADTEC.
⚙️ Eksplorasi 7 Bengkel Utama: Kemuncak lawatan yang memberikan pendedahan dunia sebenar TVET. Para pelajar diberi peluang emas untuk merasai pengalaman hands-on dan menguji kemahiran teknikal di fasiliti bengkel kami.
 
Inisiatif proaktif seperti ini amat penting dalam memberikan pendedahan awal kepada generasi muda, sekaligus membuka minda mereka terhadap kebolehpasaran tinggi graduan kemahiran di industri masa kini.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Tun Mamat atas kesudian memilih ADTEC Tangkak sebagai destinasi lawatan.
 
Kami mendoakan agar para pelajar terus cemerlang dan menjadikan TVET sebagai salah satu pilihan utama dalam merencana kerjaya masa depan!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan - Tazkirah Kemerdekaan

8 September 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Tazkirah berkenaan Kemerdekaan di Surau Al Jazari selepas solat Maghrib. Tazkirah ini menjadi ruang untuk kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar dari sudut kebebasan sebuah negara, tetapi juga dari sudut kemerdekaan jiwa dan kehidupan seorang Muslim.

Dalam tazkirah ini, penceramah menekankan perbezaan bentuk penjajahan pada zaman dahulu dan penjajahan pada zaman sekarang. Jika dahulu penjajahan berlaku melalui penguasaan tanah, kuasa dan pemerintahan, namun pada hari ini penjajahan boleh berlaku dalam bentuk yang lebih halus dan tanpa kita sedari.

Kita diingatkan bahawa manusia pada zaman ini mudah memperhambakan diri kepada trend, gajet, permainan video, media sosial dan pelbagai bentuk hiburan, sehingga kadangkala terlalu leka dan akhirnya terlupa kepada tujuan sebenar kehidupan. Lebih membimbangkan apabila hati dan masa kita lebih banyak terikat kepada perkara-perkara duniawi berbanding memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, kemerdekaan yang hakiki bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada penghambaan kepada selain Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meletakkan Allah sebagai tujuan dan keutamaan dalam setiap aspek kehidupan.

Harapan daripada tazkirah ini agar kita semua dapat mengambil pengajaran dan bermuhasabah tentang erti kemerdekaan yang sebenar. Semoga kita tidak hanya meraikan kemerdekaan negara, tetapi turut berusaha memerdekakan hati daripada kelalaian, ketagihan dunia dan perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.

Semoga kita menjadi generasi yang merdeka jasadnya, merdeka fikirannya dan yang paling utama, merdeka daripada penghambaan kepada selain Allah serta teguh menjadi hamba-Nya.

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

ADTEC Tangkak Terus Melangkah Cergas

2 September 2026 - Aktiviti Brisk Walk Mingguan kali ini telah dijayakan dengan penuh bertenaga di bawah kelolaan Bengkel Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas).
 
Program mingguan ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk memastikan seluruh warga ADTEC Tangkak sentiasa kekal sihat, aktif, dan bersedia memberikan komitmen terbaik dalam tugas harian.
 
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dan tenaga. Jom kekalkan gaya hidup sihat bersama-sama!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Memperkasa Komuniti Melalui Kemahiran Teknikal || Kursus Asas Pemasangan Elektrik

Pada 27 Ogos 2026, Bahagian Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti (CESS) telah menganjurkan Kursus Asas Pemasangan Elektrik bertempat di Bengkel Mekatronik, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Inisiatif Program Customise / Kursus Jangka pendek ini direka khusus untuk memperkasa komuniti setempat, terutamanya golongan rentan, dengan kemahiran teknikal yang praktikal dan relevan.
 
Seramai 10 orang peserta telah menunjukkan komitmen yang cemerlang sepanjang program berlangsung. Kami berharap ilmu yang dikongsi dapat membuka peluang baharu, menambah nilai kemahiran diri, dan seterusnya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan