Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Penglibatan Promosi dan Pameran di Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2025 bagi program kemasukkan Sesi 1/2026

1-5 Oktober 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak terlibat secara langsung dalam Program Majestic X Amazing Tangkak Festival 2025 bagi aktiviti promosi dan pameran bagi program kemasukan Sesi 1/2026.
 
Program Amazing Tangkak X Majestic Johor Festival 2025 yang telah disempurnakan perasmian oleh YBrs. Puan Norazlin binti Abu Talib, Pengarah MOTAC Johor merangkap wakil rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berlangsung meriah dengan kejayaan daerah Tangkak mencatat Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan penari teater teramai.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kepakaran Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Diperlukan Bagi Pemurnian Set Soalan Peperiksaan Akhir JTM

3-5 Oktober 2025 - Tahniah diucapkan kepada 5 orang tenaga pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah diberi kepercayaan untuk menyertai Mesyuarat Kerja Pemurnian Dan Validasi Set Soalan Peperiksaan Akhir Bagi Program Berasaskan Code Of Practice For Tvet Programme Accreditation untuk Peperiksaan JTM Sesi 2/2025 di Hotel Dorsett Grand Subang.
 
Penglibatan ini adalah pengiktirafan jelas terhadap kepakaran dan profesionalisme tinggi yang dimiliki oleh para pengajar kami dalam bidang TVET.
 
Mesyuarat penting ini telah dirasmikan oleh Ts. Abd Halim bin Ali Mohammed (Pengarah Pembangunan Kemahiran) JTM.
 
Pengajar Pakar yang Terlibat (Mengikut Bidang Kepakaran):
Ts Dr Saiful Din Bin Sabdin – Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak Dan Gas)
En Johari Bin Abdul Hamid – Sijil Teknologi Kimpalan
Pn Hanita Binti Taib – Sijil Teknologi Pembuatan Mould
Tn. Hj Sharul Suhaizad Bin Samaan – Sijil Teknologi Pembuatan Mould
Tn. Hj. Zamry Bin Zakaria – Sijil Teknologi Mekatronik
 
Tahniah atas pengiktirafan kepakaran anda! Usaha anda memastikan kualiti dan integriti penilaian pelajar JTM sentiasa terjamin.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Wira Kesuma & Pelajar ADTEC JTM Berbakti di SRA LA

Wira Kesuma & Pelajar ADTEC JTM Berbakti di SRA LA
 
Tahniah dan syabas! Semangat Wira Kesuma bersama para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak sememangnya wajar dipuji!
 
Pada 20 September 2025, satu program CSR yang penuh makna telah berjaya dilaksanakan di Bangunan Anggerik SK Sri Tangkak bersama komuniti Sekolah Rendah Agama Lughatul Arabia (SRA LA). Dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, 20 orang pelajar ADTEC JTM telah bekerjasama dengan Pegawai Cess, Encik Noor Hadi bin Misran, menjayakan pelbagai aktiviti.
 
Inilah cara kami membentuk generasi yang bukan sahaja cekap ilmu, malah kaya dengan nilai murni! Jom kita sebarkan aura positif ini!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Gaya Hidup Sihat, Minda Cerdas

Tahniah dan syabas kepada delegasi Tenaga Pengajar dan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak atas penyertaan aktif dalam Larian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 dan Perhimpunan Pagi Senamrobik & 10,000 Langkah Daerah Tangkak di Air Terjun Gunung Ledang.
 
Lebih manis lagi, penyertaan ini dihiasi dengan kemenangan!
 
Pelajar kita meraih Tempat Kedua bagi Kategori Pelajar.
 
Dr. Saiful DinBin Sabdin memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Veteran.
 
Hebat! Kesihatan diutamakan, kejayaan dicapai.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan