Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Sambil Belajar Bidang Teknologi Kimpalan ke Power Booster Engineering And Maintenance Sdn Bhd

15 Oktober 2025 - 21 orang pelajar semester 2 Bidang Teknologi Kimpalan ADTEC JTM Kampus Tangkak menjalankan sesi lawatan sambil belajar ke Power Booster Engineering And Maintenance Sdn Bhd, Krubong, Melaka bagi memperkukuhkan pemahaman teori yang telah dipelajari di dalam kelas melalui kaedah dan keadaan sebenar dengan pihak industri.
 
Power Booster Engineering And Maintenance Sdn Bhd ialah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan teknikal kepada industri oil and gas.
 
Semoga sesi lawatan ini dapat memberi maklumat mengenai permintaan industri dan halatuju kepada penyumbang ekonomi selaras dengan melahirkan tenaga kerja yang memenuhi permintaan pihak industri dan masyarakat setempat.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

ADTEC JTM Kampus Tangkak Cemerlang: Kertas Kerja Terbaik TVET Madani Bagi Bidang Elektrik dan Elektronik

14 Oktober 2025 - TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria atas pencapaian gemilang menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik bagi Bidang Elektrik dan Elektronik!
 
Anugerah berprestij ini disampaikan di MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU), PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN ILB, DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVENSYEN TVET MADANI 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ts. ZULEAH BINTI DARSONG.
 
Kertas kerja kemenangan beliau, bertajuk "Development of EDU PLC Training Kit for Industrial Automation," mengetengahkan inovasi dalam bidang automasi industri. Kajian ini merangkumi:
  • Penggunaan teknologi terkini seperti Komunikasi tanpa wayar melalui Node-RED.
  • Penekanan kepada pengintegrasian perkakasan dan perisian untuk simulasi, pemantauan, dan kawalan sistem automasi.
Kehadiran di majlis ini turut diserikan oleh Encik Ahmad Jefri bin Sabri (Pengarah ILP Tangkak), wakil-wakil dari Industri Lead Body (ILB), dan wakil-wakil daripada UTHM serta UTEM bagi pertukaran dokumen MoU.
 
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam memperkasakan pendidikan TVET yang inovatif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi TVET MADANI.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

From Screw To Boot: Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Komputer Dan Laptop

6-8 Oktober 2025 - Syabas dan Tahniah! Seramai 9 orang kakitangan Kolej Teknologi Termaju Kampus Tangkak telah berjaya menamatkan Kursus "From Screw to Boot: Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer dan Laptop" yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2025.
 
Peserta yang terlibat merangkumi kakitangan dari pelbagai unit, iaitu Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian, Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM), dan Bengkel Teknologi Mekatronik.
 
Kursus intensif ini telah mendedahkan para peserta kepada ilmu dan kemahiran penting dalam dunia perkakasan dan perisian komputer, termasuk:
  • Struktur Dalaman Perkakasan: Memahami setiap komponen.
  • Teknik Pembukaan, Pemasangan & Penyelenggaraan: Menguasai selok-belok 'dalaman' komputer.
  • Pemasangan Sistem Operasi (OS): Langkah demi langkah pemasangan yang betul.
  • Pemasangan Aplikasi Asas & Pemacu Peranti: Memastikan peranti berfungsi dengan optimum.
 
Kami berharap agar kursus ini akan menjadi pencetus semangat dan memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta dalam memperkasakan pengetahuan dan kemahiran mereka. Semoga kemahiran baru ini dapat meningkatkan lagi kecekapan kerja dan pengurusan teknologi merentas unit di Kolej Teknologi Termaju Kampus Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kepakaran Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Terus Diiktiraf

10 Oktober 2025 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada 𝐃𝐫. 𝐖𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐳𝐚𝐦𝐮𝐝-𝐝𝐢𝐧, 𝐂𝐢𝐬𝐜𝐨 𝐀𝐜𝐚𝐝𝐞𝐦𝐲 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐜𝐭𝐨𝐫 dari 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤 diatas sumbangan beliau membimbing peserta 𝐓𝐂𝐓𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐓𝐡𝐢𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐭𝐫𝐲 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞) yang telah dilaksanakan di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) yang telah berjaya menamatkan modul-modul intensif dalam bidang 𝘊𝘺𝘣𝘦𝘳 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺 dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tinggi!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan